Raikan

Sambutan 30 Tahun FTSM

Rasional Logo

Penataan rupataip Angka 30 merujuk kepada Sambutan Ulang Tahun Ke-30, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) sempena penubuhan pada 1994. Simbolik Angka 30 ini memberi impak yang kuat dan berkesan dalam memperkasakan kewujudan FTSM.

Logo ini juga akan mencerminkan komitmen sebuah fakulti yang berteraskan inovasi teknologi yang berterusan demi mengangkat nama UKM dalam dunia teknologi maklumat.

Logo ini juga menunjukkan FTSM UKM mengikut arus perkembangan teknologi maklumat dan sentiasa komited dalam mendidik mahasiswa dengan pengajian teknologi maklumat yang terkini dan mengikut silibus terbaru.

Grafik yang dinamik ini menunjukkan selama 30 tahun dari tahun 1994, FTSM UKM adalah sebuah fakulti terpilih dalam melahirkan bakat terdidik bagi mengisi keperluan negara dalam bidang teknologi maklumat. Simbol ini juga menunjukkan bahawa FTSM UKM juga komited dalam menjadi sebuah fakulti yang bersifat dinamik dalam mendidik mahasiswa mengenai teknologi maklumat dan tidak mengabaikan nilai manusiawi dan kemasyarakatan.

Simbol arus dunia ini membawa maksud bahawa Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM, sentiasa mengikut arus teknologi maklumat demi mengharumkan nama UKM di dunia, mendidik anak bangsa berkenaan sains dan teknologi maklumat yang terkini dan seterusnya menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan sebagai rujukan dalam bidang sains dan teknologi maklumat berdasarkan falsafah, visi dan misi UKM.

Warna Hijau

Melambangkan sebuah fakulti yang komited dalam melahirkan mahasiswa yang berinovasi tinggi dalam teknologi dan sains maklumat.

Warna Biru Pekat

Menunjukkan bahawa FTSM komited dalam melahirkan bakat terdidik bagi mengisi keperluan negara dalam bidang teknologi maklumat yang terkini.

Warna Biru Muda

Melambangkan sejak 30 tahun dari tahun penubuhan, FTSM ialah sebuah fakulti yang sentiasa menyokong hasrat, visi dan misi UKM.