Nama Mata Pelajaran/kursus : Komputer, Etika & Sosial

Kod : TM 3923
Status mata pelajaran/kursus :Wajib Fakulti
Peringkat :Ijazah Sarjana Muda
Nilai Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat : Tiada
Penilaian Tutoran : 10%
Tugasan : 20%
Peperiksaan akhir : 70%

Tenaga Pengajar : Pn. Nazura Abdul Manap, Prof. Madya Dr. Zawiyah Mohd. Yusof & Pn. Masnizah Mohd.

Semester di ajar Semester III

Objektif Mata pelajaran/kursus Menjelaskan kepada pelajar mengenai impak teknologi maklumat dan komunikasi kepada kehidupan sosial, isu-isu etika, penyalahgunaan, jenayah dan keselamatan komputer. Turut diberi tumpuan ialah hak kebersendirian, tanggungjawab dalam Internet dan harta intelektual yang berkaitan dengan ICT serta undang-undang siber di Malaysia.

Sinopsis Mata pelajaran/kursus Kemajuan dalam ICT memberi impak ke atas kehidupan sosial. ICT yang seharusnya memudahkan segala urusan semakin menghadapi cabaran apabila penggunaannya tidak disertai dengan amalan yang beretika. Beberapa pelanggaran etika penggunaan ICT dijelaskan. Akta dan undang-undang siber khususnya yang berkaitan dengan Malaysia didedahkan supaya pelajar menyedari bahawa penggunaan ICT tanpa etika boleh menimbulkan masalah ditafsir sebagai menyalahi undang-undang. Kod etika profesional dan tanggungjawab dalam menggunakan Internet turut dijelaskan disertai dengan beberapa langkah penyelesaian masalah.

Tajuk Pengajaran: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Impak ke Atas Kehidupan Sosial (ZMY)

Kandungan:
- Pengenalan
- Sejarah ringkas ICT
- Jenis-jenis ICT
- Menilai Faedah ICT
- Impak umum ICT
- ICT dan Kesihatan masyarakat
- ICT dalam sektor perniagaan
- ICT dan Industri
- ICT dalam sektor perbankan
- ICT dan pendidikan
- Impak perundangan
- Impak ke atas bisnes
- Impak ke atas kepenggunaan
- Impak ke atas tenaga kerja
- Ancaman dan impak negatif ICT
- ICT dan masyarakat: mewujudkan kawalan sosial
- Isu-isu sosial dan perundangan akibat daripada penggunaan ICT


**********


Tajuk pengajaran: Akhlak dan Falsafah Etika (MM)

Kandungan:

- Pengenalan
- Akhlak
- Akhlak dari sudut pandangan beberapa agama
- Akhlak yang perlu dimiliki
- Faktor-Faktor Pembentukan Akhlak Mulia
- Etika
- Adakah Etika dan Moral Serupa?
- Teori etika
- Adakah Etika Bersifat Relatif?
- Membuat Keputusan Etika
- Alasan Formal dan Tidak Formal

Undang-Undang Siber (NAM)

Undang-Undang Siber (NAM)


Undang-Undang Siber (NAM)


Undang-Undang Siber (NAM)


Tajuk pengajaran: Perisian – Isu pemilikan dan Hakcipta (ZMY)

Kandungan:

- Pengenalan
- Apa itu cetakrompak perisian
- Jenis-jenis cetak rompak perisian
- Kenapa cetak rompak perisian berlaku?
- Kesan cetak rompak perisian
- Adakah cetak rompak perisian satu jenayah?
- Hakcipta dari aspek budaya dan perundangan
- Pemilikan program komputer dan paradigma undang-undang
- Kempen anti cetak rompak perisian
- Langkah-langkah pengawalan

**********


Tajuk pengajaran: Komputer dan Etika (MM)


- Pengenalan
- Masalah moral dan etika: aspek-aspek sosial pengkomputeran
- Prinsip Etika Komputer
- Kenapa Etika Perlu DiKaji
- Sebab-Sebab Etika Komputer Perlu DiPelajari
- Kenapa Isu-Isu Etika Komputer Tidak DiFahami?
- Etika Komputer dan Keperluannya
- Etika dan Pemindahan Teknologi Maklumat

Tajuk pengajaran: Komputer, Keselamatan, Kerahsiaan dan Kebersendirian (ZMY)
Kandungan:

- Pengenalan
- Kualiti maklumat
- ‘Vulnerability’ komputer
- Faktor yang menjadi ancaman kepada komputer
- Keselamatan data
- Pengurusan risiko dan keselamatan data
- Hak kebersendirian
- Mengintip dengar
- Kriptografi


**********

Tajuk pengajaran: Kod, Etika Professional(MM)


Kandungan:

- Perlukah pengamal IT mempunyai etika profesional?
- Hubungan profesional
- Kod etika profesional


Tajuk Pengajaran: Jenayah komputer, Salahlaku dan Penggodaman (ZMY)
Kandungan:

- pengenalan
- penyalahgunaan dan jenayah komputer
- definisi penyalahgunaan dan jenayah komputer
- Mengenalpasti jenis-jenis penyalahgunaan komputer
- Langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan komputer
- Penggodaman
- Adakah masalah penggodaman serius?
- Memerangi penggodaman
- Langkah-langkah mengatasi penggodaman
- Serangan virus

**********


Tajuk pengajaran: Tanggungjawab Dalam Internet (MM)

Kandungan:

- tanggungjawab dalam internet?
- adakah perlu tanggungjawab dalam internet?
- tanggungjawab yang perlu dimiliki
- kejujuran


Tajuk pengajaran: Isu-Isu Mengenai Impak Komputer dan Kawalannya (ZMY)

Kandungan:

- Pengenalan
- Membentuk Masyarakat Menyendiri
- Isu Capaian Maklumat
- Tiada Kemahiran
- Pandangan Neo-Luddite mengenai Komputer dan Teknologi
- Kesimpulan


**********

Tajuk pengajaran: Penyelesaian Masalah (MM)


Kandungan:

- Langkah-langkah penyelesaian masalah
- Membuat keputusan
- Contoh & kes.

Rujukan:

Wajib:

Zawiyah M. Yusof, Nazura Ab. Manap dan Masnizah Mohd. 2002. Komputer, etika dan sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.


Tambahan:

Baase, Sara. 1997. A gift of fire: social, legal and ethical issues in computing. New Jersey: Prentice Hall.

Barrett, Neil. 1997. Digital crime: Policing the cybernation. London: Kogan Page.

Deborah G. Johnson. Computer ethics 2nd ed. Prentice Hall.

Hester, D.Micah dan Ford, Paul J. Computers and ethics in the cyberage. New Jersey: Prentice Hall.

Nichols, Randall K., Ryan, Daniel J. and Ryan, Julie J.C.H. 2000. Defending your digital assets against hackers, crackers, spies and thieves. New York: McGraw-Hill.

Parson, J.J., Oja, D. and Low, Stephanie. 1999. Computers, technology and society. 2nd ed. Cambridge: Course Technology

Robinson, James K. 2000. ‘Internet as scene of crime’. Dalam International Computer Crime Conference, Oslo, Norway, May 29-31, 2000. (Http://www.cybercrime.gov/roboslo.htm [2001, 25 April].