Untuk dikurniakan ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat, calon perlu mengambil dan lulus sekurang-kurangnya 122 unit kursus. 1 unit kursus ditakrifkan sebagai 1 jam kuliah atau 1 jam tutoran atau 1 - 2 jam makmal atau 2 jam beban tugas seminggu selama 14 minggu.
Calon yang masuk dengan kelayakan yang sesuai boleh diberikan pengecualian kursus yang sesuai sebanyak tidak lebih daripada 30% daripada jumlah kredit untuk bergraduat, tertakluk kepada budi bicara Ketua Jabatan. Kursus-kursus yang perlu diambil dipecahkan kepada ketegori berikut :
A. Kursus Universiti
Kursus Universiti adalah kursus yang diwajibkan kepada semua mahasiswa universiti. Kursus ini ialah :
- 6 unit kursus Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia (U1)
- 8 unit ko-kurikulum (KK)
- 4 unit kursus Pembangunan Diri (U1
- 2 unit kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi (U1)
Kursus Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum. Setiap mahasiswa UKM diwajibkan mengambil kursus berikut:
- ZT1033 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
- ZT1043 Hubungan Etnik
Lapan unit ko-kurikulum mesti dilengkapkan sepanjang pengajian di UKM. Kredit ko-kurikulum adalah berdasarkan kontrak pembelajaran iaitu pelajar mesti memenuhi 8 hasil pembelajaran seperti berikut :
- Sosial dan kebertanggungjawaban
- Komunikasi
- Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Nilai, Sikap Etika dan Profesionalisme
- Pemikiran kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
- Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
- pengurusan dan Keusahawanan
- kreatif dan Inovatif
B. Kursus Wajib Fakulti (WF)
Kursus Wajib Fakulti adalah kursus teras teknologi dan sains maklumat dan juga kursus nilai tambah yang bercirikan pendidikan umum untuk melengkapkan mahasiswa dengan pengetahuan dan amali komunikasi, ekonomi, perniagaan, etika dan sosial. Kursus-kursus ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti disenaraikan di bawah :
B.1 Kursus-kursus Pengaturcaraan (12 unit)
- TK1914 Pengaturcaraan C
- TK1924 Rekabentuk Aturcara dan Penyelesaian Masalah
- TK2934 Pengaturcaraan Berorientasikan Objek
B.2 Kursus-kursus Asas Teknologi Maklumat (11 unit)
- TS1913 Pengenalan kepada Teknologi Maklumat
- TS2964 Pangkalan Data
- TS2964 Analisis dan Rekabentuk Sistem
B.3 Kursus-kursus Nilai Tambah dan Pendidikan Umum (6 unit)
- TM3923 Komputer, Etika dan Sosial
- TM1923 Teknologi Maklumat dan Keusahawanan
B.4 Latihan Industri dan Pengurusan (12 unit)
Selain daripada itu kesemua pelajar FTSM juga perlu mengikuti latihan industri dan pengurusan (TM309C). Kursus ini bernilai 12 unit. Semasa kursus ini, mahasiswa dikehendaki menjalankan latihan industri di syarikat-syarikat teknologi maklumat selama 20 minggu.
C. Kursus Wajib Jabatan atau Wajib Program (WJ)
Kursus Wajib Jabatan atau Wajib Program adalah kursus pengkhususan jabatan atau program pengajian. Senarai kursus dan bilangan unitnya bergantung kepada ketetapan jabatan.
D. Kursus Lengkap Jabatan (LJ)
Kursus Lengkap Jabatan adalah kursus tambahan kepada kursus Wajib Jabatan. Pada kebiasaannya, jabatan akan menyenaraikan beberapa kursus untuk dipilih oleh pelajar sebagai kursus lengkap jabatan, berdasarkan kepada kecenderungan dan minat masing-masing.
E. Kursus Lengkap Fakulti atau Pilihan (LF) (4 Unit)
Pelajar perlu mengambil kursus bahasa Inggeris mengikut band MUET masing-masing. Pelajar yang tidak mempunyai MUET tidak di benarkan mendaftar kursus Bahasa Inggeris.
Band MUET 1 dan 2
- ZZZE1002 Foundation English
- ZZZE1012 Academic Communication I
- ZZZE3012 Workplace Communication I atau ZZZE3022 Workplace Communication II
Band MUET 3 dan 4
- ZZZE1012 Academic Communication I
- ZZZE3012 Workplace Communication I atau ZZZE3022 Workplace Communication II
Band MUET 5 dan 6
- ZZZE1022 Academic Communication II
- ZZZE3022 Workplace Communiation II
F. Polisi Pengambilan Kursus Matematik
Matematik dan Statistik adalah penting untuk kesemua program Teknologi Maklumat. Oleh itu setiap program mewajibkan setiap mahasiswa mengambil beberapa kursus matematik dan statistik.
Kesemua kursus matematik dan statistik ini membuat andaian bahawa mahasiswa telah mengambil dan lulus sekurang-kurangnya Matematik Tambahan peringkat SPM. Justru itu mahasiswa yang tidak mempunyai Matematik Tambahan pada peringkat SPM dikehendaki mengambil dan lulus satu kursus tambahan matematik pada semester pertama tahun pertama, iaitu TR1613 Matematik Permulaan.