Thursday  17 May 2012  12:45:01PM  Peta Laman  English
 
 


Syarat Kemasukan

Calon yang berjaya untuk memasuki program Doktor Falsafah di FTSM biasanya memiliki syarat-syarat berikut:
  • Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat/Sains Komputer daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institut pengajian tinggi dengan memperoleh Purata Nilai Gred dan Kumulatif (PNGK) yang baik, yang diluluskan oleh Senat; atau

  • Kelayakan lain yang berkaitan atau pengalaman, yang diluluskan oleh Senat; atau

  • Sedang mengikuti Program Sarjana Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan disokong oleh Jawatankuasa Siswazah fakulti untuk menukar program pengajian kepada Program Doktor Falsafah, yang diluluskan oleh Senat; atau

  • Memiliki Ijazah Kelas Pertama dalam bidang berkaitan atau setara dengan memperoleh Purata Nilai Gred dan Kumulatif (PNGK) tidak kurang daripada 3.67 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institut pengajian tinggi, yang diluluskan oleh Senat.
Calon yang diterima mungkin perlu mendaftar dalam Program Sarjana Secara Penyelidikan dengan kemungkinan untuk menukarkan program pengajian kepada Program Doktor Falsafah berdasarkan merit.
Penafian Hakcipta Dasar Privasi Dasar Keselamatan Soalan Lazim Maklumbalas
Hakcipta Terpelihara 2011 © Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 - 8921 6141   Faksimili : 03 - 8925 6732

E-mail : webmasterftsm@ftsm.ukm.my Paparan terbaik adalah melayari dengan menggunakan resolusi 1280 x 960