Robot Bola Sepak merupakan salah satu permainan berteknologi tinggi yang dikawal sepenuhnya secara automatik. Bagi memastikan robot-robot yang terlibat di dalam permainan dapat dikawal sepenuhnya, penyediaan strategi permainan yang baik dan bagus adalah penting. Strategi permainan ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++ dan dilaksanakan di dalam satu persekitaran khas untuk Robot Bola Sepak. Melalui program yang akan dianjurkan ini, mahasiswa Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM), UKM dan juga Politeknik Malaysia akan didedahkan dengan lebih mendalam tentang asas dan konsep dalam permainan Robot Bola Sepak. Bukan itu sahaja, mahasiswa FTSM juga dapat berinteraksi dan bertukar idea dengan pelajar lain, seperti pelajar Politeknik, antarabangsa, sekolah rendah dan menengah dan masyarakat secara khusus. Selain itu, program ini mampu memperkenalkan Robot Bola Sepak kepada mahasiswa fakulti lain, kerana Robot Bola Sepak masih lagi baru di Malaysia dan masih tidak diketahui ramai. Justeru, program ini mampu memberi pendedahan yang berbeza kepada pelajar dan dapat meningkatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan, perancangan strategi,perkakasan, sistem penglihatan robot dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan. Sila layari www.ftsm.ukm.my/pr pada pautan UKMRS.
Latar Belakang
Reply