Thursday  17 May 2012  12:43:49PM  Peta Laman  English
 
 

Latar Belakang FTSM
 
Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil inisiatif awal dengan menawarkan beberapa kursus berasaskan sains komputer sejak awal penubuhannya lagi. Sesuai dengan perkembangan semasa, Unit Sains Komputer telah dinaik taraf menjadi Jabatan Sains Komputer, Pusat Pengajian Kuantitatif pada tahun 1982. Jabatan ini telah berkembang seiring dengan perkembangan pengguna komputer di dalam negara. Pertubuhan program akademik peringkat Sarjanamuda, Sarjana dan Doktor Falsafah telah dibuat secara berperingkat. Begitu juga dengan pertubuhan kakitangan akademik. Secara berperingkat kakitangan akademik telah ditingkatkan kemahiran mereka untuk tujuan pengajaran dan penyelidikan dengan melakukan pengajian peringkat Doktor Falsafah di dalam dan di luar negara.

Apabila negara mula merangka dan memberi fokus kepada Teknologi Maklumat sebagai salah satu bidang industri pada awal tahun 90an, sekali lagi Jabatan Sains Komputer telah dinaik taraf. Pada 1 Oktober 1994, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah ditubuhkan dengan tenaga akademik di sekitar 40 orang. Penubuhan ini bertepatan pula dengan pengisytiharan penubuhan gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh kerajaan Malaysia. Kini FTSM menjadi lebih besar dan kukuh yang disokong oleh hampir 100 pensyarah dengan 9 daripadanya bertaraf Profesor, 12 orang Professor Madya, 22 orang Pensyarah kanan, 48 orang Pensyarah dan 8 orang Tutor. Bilangan yang besar telah berjaya meletakkan fakulti terkehadapan dalam bidang-bidang pendidikan formal, penyelidikan dan perundingan.

Pada hari ini FTSM merasa amat berbangga kerana telah berjaya memiliki kompleksnya sendiri. Kompleks FTSM ini telah mula digunakan pada 15 Mei 2001. Walaupun kompleks ini masih tidak dapat menampung keperluan sebenar FTSM, usaha untuk meningkatkan kemudahan dan ruang sedang giat dijalankan. Kini FTSM telah menambah 2 blok baru iaitu blok G dan H yang telah digunakan sejak februari 2010.
Penafian Hakcipta Dasar Privasi Dasar Keselamatan Soalan Lazim Maklumbalas
Hakcipta Terpelihara 2011 © Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 - 8921 6141   Faksimili : 03 - 8925 6732

E-mail : webmasterftsm@ftsm.ukm.my Paparan terbaik adalah melayari dengan menggunakan resolusi 1280 x 960