================================ :: KAEDAH KAJIAN::===================================

Kaedah perwakilan ( knowledge representation) yang sesuai haruslah dipilih untuk memastikan output yang dijanakan adalah tepat. Kaedah perwakilan pengetahuan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan kaedah petua pengeluaran, dibantu dengan penggunaan kerangka. Kaedah ini dipilih kerana ketika mengenalpasti sesuatu penyakit, perkara-perkara yang perlu diambil kira ialah bahagian pokok yang diserang, usia pokok ketika serangan dan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Berdasarkan metodologi petua pengeluaran, suatu kesimpulan dibuat berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi. Semua jenis petua pengeluaran akan digunakan pada keadaan yang bersesuaian, iaitu jenis arahan, hubungan,cadangan, strategi dan heuristik. Ini kerana jika kita cuba menilai jenis penyakit yang dihidapi oleh suatu pokok padi berdasarkan pengamatan pada mata kasar, pelbagai jenis simptom dapat dilihat,dan sistem akan menilai berdasarkan maklumat simptom tersebut. Kemudian, jenis penyakit ditentukan sebagai output.

Jadual kerangka bagi setiap penyakit dibina dengan setiap kerangka penyakit mengandungi semula maklumat sebenar penyakit. Semua maklumat tersebut disenaraikan, termasuk simptom-simptom yang mungkin menyebabkan penyakit tersebut. Dengan menggunak set peraturan (ruleset), sebarang input akan disepadankan dengan maklumat sebenar yang ada pada kerangka.

Walau bagaimanapun, tidak semua penyakit yang didiagnosis berdasarkan simptom mata kasar adalah output yang tepat. Ini kerana tanda-tanda penyakit juga dipengaruhi oleh suhu, iklim, dan cuaca persekitaran. Jika perlu, kaedah kebarangkalian digunakan untuk memberikan kombinasi kebarangkalian yang hampir ketika mendiagnosis penyakit tersebut.

Bagi memantapkan hasil output, kaedah pengecaman digunakan dengan kaedah multimedia. Ini kerana ketika pengecaman simptom yang sedang berlaku pada pokok, padi tersebut, penggunaan imej dibuat dan pengguna perlu memilih imej yang sepadan dengan keadaan semasa pokok padi.