Home
Pengumuman:
 
TK3133 : TK3133   
Kursus      : Teknologi Rangkaian Komputer
Prasyarat  : TK2133  
1.0      OBJEKTIF KURSUS  

 Objektif kursus ini ialah:  

1.      Memahami konsep dan teknologi berkaitan rangkaian dan inter-rangkaian.

2.      Mengetahui operasi dalam rangkaian khususnya yang melibatkan suit protokol TCP/IP.

3.      Memberi pengalaman menggunakan alatan untuk mengetahui prestasi rangkaian dan mengurusnya .

4.      Memberi pendedahan tentang senibina aplikasi rangkaian dan web dan pembangunan aplikasi rangkaian dan web.

2.0      Hasil Pembelajaran

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1.      Menerangkan bagaimana rangkaian dan inter-rangkaian beroperasi.

2.      Menerangkan bagaimana perisian protokol membolehkan komputer berkomunikasi di antara satu sama lain dan bagaimana paket bergerak merentasi rangkaian.

3.      Menggunakan alat perisian rangkaian untuk mengetahui prestasi rangkaian.

4.      Membangunkan aplikasi rangkaian berasaskan soket dan web.

3.0  SINOPSIS KURSUS  

Kursus ini diajar menggunakan pendekatan atas-bawah bermula dari lapisan aplikasi hingga ke lapisan rangkaian untuk memberi peluang kepada pelajar melaksanakan konfigurasi dan membangunkan aplikasi rangkaian dan web. Penekanan diberi terhadap konsep senibina aplikasi rangkaian dan pelajar didedahkan kepada dua bentuk aplikasi rangkaian khususnya yang berasaskan soket, dan berasaskan web. Kedua-duanya menggunakan teknologi Java. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada protokol TCP/IP khasnya untuk memahami operasi dalam rangkaian serta menggunakan alat perisian rangkaian untuk mengetahui prestasi rangkaian dan mengurusnya. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada jenis rangkaian komputer dan perincian berkaitan teknologi Rangkaian Komputer Setempat dan Rangkaian Kawasan Luas.

4.0  KANDUNGAN KURSUS  
Minggu Topik Kuliah Nota Makmal
1

1. Teori rangkaian

2. Protokol asas rangkaian

ppt ppt ppt

1. Strim input/output   Lab1

2

3. Aplikasi rangkaian berasaskan soket - UDP

4. Aplikasi rangkaian berasaskan soket - TCP

ppt 

Aplikasi pelayan AliBaba

Aplikasi pelanggan AliBaba

Protokol komunikasi AliBaba

2. Aplikasi soket UDP  Lab03 packetsend packetreceive

3. Aplikasi SMTP menggunakan TCP  Lab04 smtp

4. Projek aplikasi pelanggan-pelayan berasaskan soket TCP

3

5. Aplikasi rangkaian berasaskan web

6. Sambungan Java-Pangkalan Data : JDBC

ppt

ppt

pdf

Netbeans tutorial

5. Servlet dan JDBC     html form  Servlet simpan data  Servlet capai data   fail web.xml  jdbc tutorial 

6. Projek aplikasi berasaskan web CoreWebProgramming 

 

4

7. Perincian lapisan pengangkutan

8. Inter-rangkaian

ppt

ppt

7. Aplikasi mudah alih  J2ME  tutorial  NetBeans5.5

5

9. Teknologi WAN

10. Laluan dalam WAN

ppt

ppt

8. Capaian paket menggunakan Ethereal  sample site 

1. dns.cap(libpcap) Various DNS lookups

2. dualhome.iptrace (AIX iptrace) Shows Ethernet and Token Ring packets captured in the same file        

3. dhcp.pcap (libpcap) A sample of DHCP traffic

6

11. Teknologi LAN

12. Wireless LAN

ppt

ppt            resources  palowireless

9. cabling
7

13. Kaedah capaian dalam rangkaian

ppt 10. Pembentangan projek aplikasi web
       
4.0 RUJUKAN

Comer, D. E., Computer Networks and Internets with Internet Application, 4th Edition, Prentice Hall 2004.

Reilly & Reilly, Java Network Programming and Distributed Computing, Addison-Wesley, 2002.

Behrouz A. Forouzan Data Communications and Networking , 3rd Edition Update, McGraw-Hill International Edition, 2003.

Marty Hall and Larry Brown, Core Web Programming, 6th Edition, Sun Microsystems Press - A Prentice Hall title, 2001.  

Yuan, M. J., Enterprise J2ME Developing Mobile Java Applications, Prentice Hall, 2004.

     
5.0 KAEDAH PENGAJARAN  

21 jam kuliah                                                

21 jam makmal

6.0 PENILAIAN  

Projek 1                                  20%     Aplikasi pelanggan-pelayan berasaskan soket

Kuiz/Tugasan makmal             10%

Projek 2                                  20%     Aplikasi web

Peperiksaan akhir                   50%