Thursday  17 May 2012  12:31:01PM  Peta Laman  English
 
 

Misi Fakulti
 
Misi utama FTSM adalah untuk menghasilkan tenaga mahir yang terpelajar bagi mengisi keperluan negara dalam bidang teknologi maklumat. Jawatankuasa Kerja Mengenai Masalah Kekurangan Tenaga Mahir dalam Industri Teknologi Maklumat telah mengenalpasti beberapa bidang pekerjaan yang dianggap kritikal, antaranya ialah:

      • Juruaturcara Sistem
      • Pakar Perisian
      • Pakar Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
      • Keselamatan Sistem
      • Penyenggaraan Sistem
      • Pengurusan Projek Teknologi Maklumat
      • Sistem Pengurusan Pangkalan Data
      • Juru Integrasi Sistem

FTSM menawarkan bidang-bidang pengkhususan yang diharap akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang-bidang tersebut. Selain daripada itu, FTSM juga berusaha kearah mengembangkan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat. Adalah diharapkan sebilangan graduan dalam bidang ini akan meneruskan pengajian mereka pada peringkat tinggi bagi memastikan penyelidikan teknologi maklumat terus berkembang.



Wawasan Fakulti

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bertekad menjadi pusat pembelajaran, pengajaran, perundingan dan rujukan dalam bidang teknologi dan sains maklumat yang cemerlang berlandaskan falsafah dan misi UKM.
Penafian Hakcipta Dasar Privasi Dasar Keselamatan Soalan Lazim Maklumbalas
Hakcipta Terpelihara 2011 © Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 - 8921 6141   Faksimili : 03 - 8925 6732

E-mail : webmasterftsm@ftsm.ukm.my Paparan terbaik adalah melayari dengan menggunakan resolusi 1280 x 960