Karnival Latihan Industri & Kerjaya (KLIK) 2018

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan menganjurkan Karnival Latihan Industri dan Kerjaya (KLIK2018) pada 17 Januari 2018. Objektif program adalah untuk memperkasa pelajar dalam pembentangan Projek Industri yang telah dibuat semasa Latihan Industri mereka melalui pembentangan poster. Tiga hadiah utama akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang membentangkan poster terbaik.

Sila sahkan kehadiran anda pada pautan ini sebelum atau pada 31 Disember 2017.

Template Poster

Sila muat turun templat poster (Saiz A1) mengikut kategori masing-masing:

  1. Industrial Readiness - .psd | .pptx
  2. Integrated Masters - .psd | .pptx
  3. Entrepreneurship - .psd | .pptx

Cetakan Poster

Fakulti menyediakan perkhidmatan cetakan poster di Studio Multimedia, Tingkat 2, Keluk Inovasi Digital (Blok D). Mohon pelajar sediakan softcopy poster A1 dalam format .pdf dan sila hantar sebelum atau pada 12 Januari 2018 (Jumaat). Setiap poster akan dikenakan harga RM30 sekeping. Sila hubungi En. Jamal / En. Rais di 03-8921 6816.

Selepas tarikh berkenaan pelajar dikehendaki mencetak sendiri.

Panduan Laporan Teknikal Latihan Industri

Sila muat turun panduan laporan teknikal mengikut kategori masing-masing:

  1. Laporan Teknikal (Industri)
  2. Laporan Teknikal (Penyelidikan)

Tentatif KLIK2018 - 17 Januari 2018

Masa Acara Tempat
08:00 pg. – 08:30 pg. Pendaftaran pelajar / Persediaan Poster Pelajar / Survey penempatan kerja Dewan Multimedia
08:30 pg. – 09:00 pg. NegaraKu
Varsiti Kita
Bacaan Doa (Saudara Mohd Izzul Syahmi)
Ucapan Alu-aluan - Timbalan Dekan HEJIM FTSM
(Prof. Madya Dr. Nurhizam Safie Mohd Satar)
Dewan Multimedia
09:00 pg. – 10:00 pg. Forum Kareer:
  • GCI Science & Technology Sdn. Bhd.
  • Fotia Solution Sdn. Bhd.
  • DHL IT Services Sdn. Bhd.
Dewan Multimedia
10:00 pg. – 10:30 pg. Rehat
  • Food Truck
  • Bilik VIP Dewan
  • Multimedia (Speaker)
10:30 pg. – 12:00 tgh. hari
  • Pendaftaran PENILAI Fakulti
  • Penilaian Pembentangan
  • Penilaian poster terbaik – QR Codermula
Sekitar Blok G
12:00 tgh. hari - 13:00 ptg.
  • Pitching pengalaman LI – Mohd Firdaus dan Aina Diana
  • Penyampaian Hadiah Poster Terbaik
  • Penyampaian Sijil / Cenderamata Syarikat Penaja
Majlis Penutup – Dekan FTSM
(Prof. Dr. Abdullah Mohd. Zin)
Sekitar blok G
12:30 tgh. hari - 01:00 ptg. Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah poster terbaik Dewan Multimedia
01:00 ptg. - 02:00 ptg. Rehat – Makan Tengahari Food Truck
VIP- Bilik Eksekutif
02:00 ptg. - 04:30 ptg. Temuduga pelajar bersama Industri Bilik Kuliah 7, 8 & 9 & Bilik Seminar Eksekutif Siber

Hubungi Kami

Sebarang maklumat lanjut & pertanyaan sila hubungi:
Unit HEJIM, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 – 8921 6178
Fax : 03 – 8925 6732
Email : hejimftsm@ukm.edu.my