News Details

Research@FTSM 2018
19 Sep 2018 - 20 Sep 2018

Research@FTSM adalah acara tahunan FTSM yang bertujuan untuk memperlihat kepakaran penyelidik dan hasil penyelidikan FTSM. Sejak pelancarannya pada 20 Oktober 2015, beberapa acara telah dianjur seperti pameran penyelidikan pelajar siswazah dan makmal, pengiktrafan projek bersama rakan industri/komuniti, pengenalan kepada Keluk Inovasi dan Cabaran Perdana.

Bagi menyemarak budaya penyelidikan berasaskan CP di FTSM, Research@FTSM 2018 memberi ruang dan peluang kepada setiap CP Fakulti memperlihat inisiatif dan hasil penyelidikan mereka bukan sahaja kepada warga FTSM, malah warga UKM, rakan industri dan komuniti setempat. Usaha dan pencapaian mereka dirai melalui pengiktirafan oleh pihak Fakulti kepada CP Fakulti dan projek terlibat.

ntuk memastikan pelajar siswazah mendapat manfaat secara langsung daripada acara ini, Research@FTSM juga menganjur beberapa program pemantapan siswazah bersama pakar profesional dan alumni seperti Seminar "Mastering Your Research Skills: Reading & Writing", Bicara Kopi bersama Alumni dan Forum bertajuk "Journey to Success: Expect the Unexpected- Supervisor and Self Management". Selain itu, penyelidik juga berpeluang untuk mempamer kepakaran dan projek mereka bagi tujuan memperoleh pelajar.



Time : 09:00 AM - 04:30 PM
Venue : Blok G FTSM
URL : http://www.ftsm.ukm.my/researchftsm2018/
Attachment :