News Details

Minggu Jalinan Mesra (MJM) 2018
12 Sep 2018 - 14 Sep 2018

Minggu Jalinan Mesra (MJM) merupakan aktiviti yang diadakan pada minggu pertama setiap semester untuk pelajar prasiswazah FTSM (Tahun 1 hingga Tahun 3). MJM ini bertujuan untuk merapat hubungan/ukhuwah antara pelajar serta kakitangan fakulti selain menyedia mental dan fizikal pelajar bagi menghadapi sesi pembelajaran yang baharu dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antara acara yang akan dijalankan termasuklah bicara hal akademik hingga ke bicara santai bersama pihak industri serta pusat khidmat universiti.

MJM untuk Semester 1 2018/2019 akan berlangsung selama 3 hari mulai 12 -14 September 2018.

Pautan MJM boleh dilayari pada pautan dibawah.

Semoga jalinan mesra ini dapat direalisasikan dengan komitmen dari warga FTSM.

Time : 09:00 AM - 04:30 PM
Venue : FTSM UKM
URL : http://www.ftsm.ukm.my/mjm/
Attachment :