News Details

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 dalam Special Interest Group (SIG)
06 Aug 2018 - 07 Aug 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejatera buat semua pelajar baharu Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah dan Selamat Datang ke FTSM!!

Untuk makluman, terdapat 11 Special Interest Group (SIG) di FTSM. SIG adalah program pementoran yang ada di FTSM. Semua pelajar tahun 1 dan 2 WAJIB menganggotai salah satu daripada SIG ini.

Pelbagai aktiviti, pertandingan dan program dijalankan dalam SIG bagi meningkatkan pembangunan insaniah dan kemahiran pelajar. Penasihat SIG adalah mentor kepada pelajar.

Sila klik http://www.ftsm.ukm.my/sig/ untuk mendapatkan maklumat dan membuat 3 pilihan utama Special Interest Group (SIG) yang anda berminat. Sila sertakan sebab mengapa anda memilih setiap satu SIG yang berkenaan.

Tarikh tutup pendaftaran - 8 Ogos 2018 (5.00pm)
*lanjutan masa hanya dipertimbangkan untuk kes-kes khas.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi penasihat SIG melalui emel atau Facebook seperti tertera dalam website SIG masing-masing.

Untuk memudahkan komunikasi bersama ahli fakulti FTSM, anda disaran untuk menyertai group Telegram bagi kemasukkan pelajar baharu FTSM menggunakan link https://t.me/joinchat/HXZ6fBKwUagNvr_Sv8iRBg .

Terima kasih.

Time : 0 - 0
Venue : FTSM UKM
URL : www.ftsm.ukm.my/sig
Attachment :