News Details

Kem Pengkomputeran UKM 2016
05 Dec 2016 - 08 Dec 2016

FTSM tidak ketinggalan untuk menyumbang khidmat dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang pengkomputeran kepada pelajar-pelajar sekolah. Usaha pensyarah dan pelajar FTSM ini diharap dapat menyumbang kepada pembentukan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berkebolehan dan mahir menggunakan komputer, tetapi membolehkan mereka memperolehi ilmu dan pengalaman memproses maklumat dalam bentuk elektronik.

FTSM telah menyahut cabaran “UKM bersama sekolah” dengan bersama-sama menganjurkan beberapa aktiviti yang akan disertai oleh pelajar-pelajar sekitar Bangi dan Putrajaya. Pelabagai program diadakan seperti:

1.Fun With Microsoft
2.Bengkel Asas Robotik Lego
3.Bengkel Pembangunan Asas Animasi (Penuh)
4.Google Apps For Education (GAFE) (Penuh)
5.Hour of Code with KODU
6.Cyber Parenting Talk
7.Teroka PC
8.Mobile Apps Development
9.Web Coding - PHP
10.Pengoperasian Robot dan Simulasi

Untuk maklumat lanjut seperti maklumat program, pembayaran dan pendaftaran sila layari www.ftsm.ukm.my/kempengkomputeranukm

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 November 2016. Penyertaan adalah terhad.

Time : 08:00 AM - 05:00 PM
Venue : FTSM
URL : http://www.ftsm.ukm.my/kempengkomputeranukm/
Attachment :