News Details

Programming Challenge Competition 2015 (PCComp15)
23 May 2015 - 24 May 2015

Pertandingan Pengaturcaraan telah dianjurkan di peringkat kebangsaan secara aktiviti tahunan di beberapa IPT sejak tahun 2007. Antaranya adalah pertandingan ACM ICPC Programming Contest yang dianjurkan oleh UIAM serta pertandingan PROMED yang dianjurkan oleh UiTM. Beberapa universiti lain juga turut menganjurkan acara seumpama ini setelah melihat sumbangan dalam membentuk pelajar yang cemerlang serta terampil pengaturcaraan dan penyelesaian masalah yang tinggi. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kumpulan ATUR juga melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam proses pembelajaran para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang bermanfaat.

Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan (PCComp2015) akan diadakan pada 23 - 24 May 2015 di Makmal Pengajaran FTSM dengan tema “A SMALL PROGRAM START WITH A LINE OF CODE”.

Tentatif program boleh dapatkan pada lampiran dibawah.

Time : 08:00 AM - 05:00 PM
Venue : FTSM
URL : pdf/tentatif_pccomp15.pdf
Attachment : ftsmup.png