News Details

Pembukaan Permohonan Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) 2019
05 Jul 2019 - 30 Aug 2019

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 5/2019 bertarikh 16 April 2019 telah meluluskan satu agihan geran baharu iaitu Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) menggunakan agihan Dana Universiti Penyelidikan (UP). Geran ini diperuntukan khas kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) termasuk Guru Bahasa yang sedang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) membuka permohonan bagi Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) Tahun 2019 mulai 1 Julai 2019 hingga 30 Ogos 2019. Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) termasuk Guru Bahasa yang berminat serta menepati syarat kelayakan, boleh mengisi borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) dan Jadual Kerja Permohonan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.

Sukacita diingatkan setiap permohonan hendaklah dinilai dan dimurnikan di peringkat Fakulti/Institu/Pusat. Permohonan yang tidak melalui proses penilaian tidak akan dipertimbangkan. Sehubungan ini, kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./tuan/puan agar dapat menghebahkan perkara ini kepada staf di bawah pengurusan YBhg. Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./tuan/puan adalah amat dihargai.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh menghubungi pegawai CRIM: Cik Norzahira Ramli di talian 03-8921 4392/ norzahira@ukm.edu.my atau Puan Syafura Abd Halim ditalian 03-8921 4679/ psupp@ukm.edu.my.

1. Garis Panduan Permohonan Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) 2019
2. Jadual Kerja Permohonan Dana GGPP 2019

Time : 0 - 0
Venue : FTSM UKM
URL : http://www.ukm.my/smpu/
Attachment :