News Details

Pelancaran ezRonda - Sistem Rondaan Keselamatan UKM
01 Mar 2019

Bangi, 27 Februari 2019
Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar telah menyemarakkan Tekad Operasi Digital dibawah Tekad 18 dengan melancarkan Sistem ezRonda. Hasil idea Bahagian Keselamatan telah diterjemahkan oleh para penyelidik di Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM) dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) berjaya membangunkan satu aplikasi yang akan digunakan bagi mengganti sistem buku rondaan.

Pelancaran Sistem ezRonda telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abd Razak Hussin, Pengarah Eksekutif Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Februari 2019 yang lalu. Beliau dalam ucapan ringkasnya menyatakan harapan agar sistem yang dibangunkan oleh FTSM dan FKAB akan dapat membantu Bahagian keselamatan, bergerak seiring dengan hasrat Pengurusan Universiti melalui Tekad 18.

Sementara itu, YBhg Profesor Dr. Masri Ayob dari FTSM yang bertanggungjawab membangunkan sistem ini bersama beberapa rakan penyelidik memberitahu bahawa sistem ini telah melalui beberapa fasa percubaan. Sistem yang menggunakan sepenuhnya pengesanan Global Positioning System (GPS) akan dapat memastikan rondaan dijalankan mengikut kaedah yang betul. Walaupun masih diperingkat awal, sistem ezRonda mampu menjadi perintis kepada agensi keselamatan agar dapat memanfaatkan teknologi yang terdapat pada hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Kapten Hamon Rafiz Abd Hamed (Bersara), Pengarah Keselamatan, UKM dan LT. Saidi Maarop TLDM (Bersara), Ketua Unit Keselamatan KKL dan beberapa orang Ketua Pengawal Keselamatan Syif. Dalam majlis berkenaan juga Pengarah Eksekutif Pentadbiran turut menyampaikan beberapa unit telefon pintar yang akan digunakan oleh Pengawal Keselamatan Kampus Bangi bagi menjalankan rondaan kelak.

Time : 0 - 0
Venue : Wisma Aman UKM
URL :
Attachment :