News Details

Permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK 2019
10 Jan 2019

Pemakluman pembukaan permohonan geran penyelidikan ilmiah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Dimaklumkan bahawa Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) sedang menawarkan permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK bagi tahun 2019. Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan mengikut format yang ditetapkan oleh AADK. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui https://www.adk.gov.my/orang-awam/geran-penyelidikan-aadk/

Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. dapat memanjangkan perkara ini kepada penyelidik di bawah pengurusan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Januari 2019 (Khamis). Semua permohonan daripada penyelidik perlu dinilai oleh panel penilai/Jawatankuasa Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat dan dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada 29 Januari 2019 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM terlebih dahulu. Permohonan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan kepada AADK.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:

Bersama-sama ini disampaikan surat hebahan AADK bertarikh 17 Disember 2018, Syarat dan skop Geran Penyelidikan Ilmiah (Lampiran A), Borang Permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK Tahun 2019 (Lampiran B) dan masterlist permohonan Fakulti/Institut/Pusat (Lampiran C) untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai AADK, Puan Hafidah Maasom di talian 019-6001206 atau Puan Nursuhaila A. Rahman di talian 03-89112267 atau Puan Zalehan Tajuddin di talian 03-89112286.

Time : 0 - 0
Venue :
URL : https://www.adk.gov.my/orang-awam/geran-penyelidikan-aadk/
Attachment :