Ketua CAIT dilantik oleh Universiti dan Fakulti melantik pegawai Sains bertaraf F41 untuk
mengendalikan semua aktiviti CAIT, seorang pembantu pentadbiran bagi menyokong kerja
pengkeranian ketua dan seorang juruteknik. Universiti merupakan sumber pembiaya setiap
kakitangannya. CAIT terdiri dari tiga kumpulan penyelidikan utama iaitu Kumpulan
Penyelidikan Pengecaman Corak (PR), Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan
Pengoptimuman (DMO), dan Kumpulan Penyelidikan Teknologi Pengetahuan (KT).
|