SOALAN
LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTION- FAQ)
Q1: Apakah objektif program latihan industri?
Q2: Adakah pihak pengurusan
LI akan mengumpukkan
syarikat yang sesuai untuk pelajar menjalani
LI?
Q3: Adakah pelajar perlu menyelidik tentang latar belakang
syarikat yang hendak dipilih?
Q4: Apakah jenis syarikat
yang sesuai untuk pelajar menjalani LI?
Q5: Adakah pelajar perlu menandatangani surat tawaran
(Offer letter)?
Q6: Apakah kriteria yang perlu dilihat oleh
pelajar ketika memilih syarikat?
Q9: Adakah kurikulum pengajaran di fakulti
cukup untuk menyediakan pelajar menjalani LI?
Q10: Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya menghadapi masalah ketika menjalani latihan?
Q11:Kenapa program LI tidak diadakan di semester akhir?
Q12: Kenapa pelajar dikenakan denda oleh bahagian akademik
ketika menjalani LI?
Q14: Bagaimana umpukan penyelia dari FTSM kepada pelajar dilakukan?
Q15: Adakah pelajar dibenarkan membuat pembentangan di syarikat?
Q16: Perlukah pelajar membuat pembentangan di fakulti setelah
membentang di syarikat?
Q17: Apa yang perlu
dilakukan oleh pelajar setelah tamat LI?
Q1: Apakah objektif program latihan industri?
A: LI adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan
sebenar. Pelajar tidak harus beranggapan bahawa mereka diambil bekerja sebagai “tenaga kerja murah”.
Pelajar harus memastikan tugasan yang diberi oleh penyelia syarikat
adalah berkaitan dalam bidang IT. Sekiranya tugasan yang diberi tidak berkaitan dengan IT, pelajar harus melapor kepada
pihak pengurusan LI atau kepada penyelia
fakulti untuk penukaran syarikat sekiranya perlu.
Q2: Adakah pihak pengurusan LI akan
mengumpukkan syarikat yang sesuai untuk pelajar
menjalani LI?
A: Pihak pengurusan LI hanya menyediakan senarai syarikat yang sesuai untuk mereka menjalani
latihan tetapi pelajar perlu mencari
sendiri syarikat yang sesuai dengan mereka.
Proses mencari tempat latihan adalah sebahagian dari proses latihan
industri yang mana ia boleh
melatih pelajar untuk mencari pekerjaan
sebenar kelak.
Q3: Adakah pelajar perlu menyelidik tentang latar belakang
syarikat yang hendak dipilih?
A: Sebelum memilih sebarang syarikat, pelajar perlu menyelidik tentang syarikat dengan menghubungi sendiri syarikat atau penyelia syarikat
tersebut. Ini adalah untuk memasti
syarikat tersebut masih wujud, masih
mahu menerima pelajar LI dan latihan yang akan
diberi adalah berkaitan dengan IT.
Q4: Apakah jenis syarikat
yang sesuai untuk pelajar menjalani LI?
A: Pelajar perlu memastikan bahawa mereka menjalani
latihan di syarikat yang berkaitan dengan bidang IT tetapi pelajar juga digalakkan untuk memohon syarikat
yang bersesuaian dengan bidang pengkhususan masing-masing.
Q5: Adakah pelajar perlu menandatangani surat tawaran
(Offer letter)?
A: Jika pelajar diberi surat tawaran
untuk ditandatangani, pelajar perlu benar-benar
pasti untuk menjalani LI di syarikat tersebut dan membaca dengan
teliti terma dan syaratnya.
Q6: Apakah kriteria yang
perlu dilihat oleh pelajar ketika
memilih syarikat?
A: Pelajar perlu bijak memilih
syarikat berdasarkan kepada kemahiran yang mereka ingin pelajari
dan juga program yang mereka ikuti di
fakulti.
Q7: Apa yang perlu
dilakukan sekiranya pelajar ingin memohon
penempatan LI yang baru tetapi tidak tersenarai
di dalam pangkalan data LI.
A: Pelajar perlu memberi data terperinci syarikat kepada pihak pengurusan
LI untuk dimasukkan ke dalam sistem
pangkalan data LI. Pihak pengurusan LI akan
meneliti syarikat tersebut terlebih dahulu dan akan
memasukkan ke dalam sistem sekiranya
didapati bersesuaian. Kemudian baru pelajar boleh
memohon untuk menjalani LI di syarikat tersebut.
Q8: Apa yang perlu dilakukan sekiranya pelajar mendapati maklumat syarikat yang terdapat di dalam
pangkalan data tidak terkini seperti syarikat tidak lagi wujud, syarikat
tidak memerlukan pelajar LI, penyelia telah bertukar, alamat atau nombor
talipon syarikat telah bertukar.
A: Adalah diharapkan pelajar dapat menghubungi pihak pengurusan LI untuk mengemas kini maklumat syarikat.
Ini dapat membantu dan memudahkan
pelajar lain yang ingin menghubungi syarikat terbabit dan juga membantu
pihak pengurusan LI memaparkan maklumat terkini syarikat.
Q9: Adakah kurikulum pengajaran di fakulti
cukup untuk menyediakan pelajar menjalani LI?
A: Kurikulum pengajaran di fakulti
menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dalam bidang
teknologi maklumat seperti pengaturcaraan dan pembangunan sistem. Adalah diharap pelajar
dapat memperkembang ilmu yang dipelajari disamping memperolehi ilmu dan kemahiran
baru semasa latihan.
Q10: Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya menghadapi masalah ketika menjalani latihan?
A: Sekiranya pelajar menghadapi masalah adalah digalakkan untuk menghubungi pihak pengurusan LI (03-89216788; nsa@ftsm.ukm.my) atau penyelia fakulti
secara e-mel, telefon dan melalui
forum dalam SPIN.
Q11:Kenapa program LI tidak
diadakan di semester akhir?
A: Pihak fakulti ingin mendapatkan
maklum balas dari pelajar tentang
syarikat, tahap penggunaan IT di industri. Namun begitu pihak fakulti perihatin atas keperluan ini dan ada
usaha yang dilakukan oleh fakulti untuk
memindahkan program LI ke
semester akhir di masa hadapan.
Q12: Kenapa pelajar dikenakan denda oleh bahagian akademik
ketika menjalani LI?
A: TM309C adalah
kod untuk kursus LI. Pelajar perlu membuat pendaftaran
awal bagi kursus ini dan
membayar yuran. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pelajar dikenakan denda.
Q13: Jika dibandingkan dengan universiti atau kolej lain,
adakah program LI yang dijalankan
selama 5 bulan dianggap terlalu lama?
A: Pada dasarnya tempoh masa ini bersesuaian
untuk membolehkan pelajar mempelajari ilmu dan kemahiran
baru. Pelajar harus bijak menggunakan
masa yang diberi untuk menimba sebanyak
mungkin pengetahuan yang berguna ketika menjalani LI. Kurikulum yang dirangka bagi setiap
program memberi pengetahuan
asas secara teori dan praktikal,
tetapi pengetahuan yang lebih menyeluruh boleh didapati ketika menjalani LI.
Q14: Bagaimana umpukan penyelia dari FTSM kepada pelajar dilakukan?
A: Umpukan dilakukan berdasarkan kepada lokasi syarikat
di mana pelajar
menjalani latihan. Namun begitu pihak
pengurusan mencuba sedaya upaya agar pelajar diselia oleh pensyarah dari jabatan yang sama.
Q15: Adakah pelajar dibenarkan membuat pembentangan di syarikat?
A; Boleh dengan persetujuan
pensyarah dan penyelia syarikat dan dengan kehadiran
mereka.
Q16: Perlukah pelajar membuat pembentangan di fakulti setelah
membentang di syarikat?
A: Tidak perlu jika pembentangan
telah dijalankan di syarikat dan
telah dinilai oleh penyelia dan
pensyarah.
Q17: Apa yang perlu
dilakukan oleh pelajar setelah tamat LI?
A: Pelajar perlu menghantar laporan LI ke fakulti
dan menghadiri sesi pembentangan. Format laporan boleh dicapai
melalui laman web LI.
Q18: Apa yang perlu
dilakukan oleh pelajar sekiranya syarikat tempat mereka menjalani LI menawarkan untuk menyambung latihan?
A: Pelajar boleh menyambung latihan mereka, tetapi tempoh sambungan
itu tidak berkaitan dengan fakulti lagi. Namun begitu
pelajar perlu menghantar laporan LI ke fakulti dan
juga menghadiri sesi pembentangan (kepada yang tidak membentang di syarikat)
mengikut jadual yang ditetapkan oleh fakulti.